Rupa paras bukan ukuran, kaki pukul takkan berubah sikap – Shila Amzah

LocalEntertainment
7 Dec 2024 • 12:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi Shila Amzah menyatakan rupa paras bukan ukuran untuk menilai seseorang sama ada dia benar-benar layak diberi peluang meskipun individu lain terpaksa menanggung derita dalam sesebuah hubungan.

Nurshahila Amir Amzah berkata, masyarakat usah mudah tertipu dengan permainan individu yang merupakan kaki pukul.

Menurut penyanyi berusia 34 tahun ini, seseorang kaki pukul atau pendera akan melakukan apa sahaja untuk memastikan ‘mangsa’ seolah-olah bergantung hidup kepadanya.

“Ada yang mahu bertahan hidup dengan seorang pendera kerana mereka sangka tidak ada jalan keluar.
“Pendera ini pandai, dia akan buat anda buang semua kawan-kawan, agar dapat bergantung hidup seratus peratus kepadanya,”tulisnya menerusi sebuah perkongsian di Instagram, semalam.

image is not available

Rupa paras bukan ukuran

Kongsi Shila lagi, pelaku akan melutut meminta maaf, selain memberi layanan mesra kepada mangsa sebaik sahaja sedar akan kesalahan yang telah dilakukan.

“Katakanlah dia ‘sedar’ perbuatannya salah, dia akan melutut minta maaf sampai nangis-nangis dan layan anda macam puteri raja.
“Tapi bila datang ‘gila’, ketika itulah dia akan dera anda fizikal dan mental sekali lagi. Kitaran itu akan terus berulang,”katanya lagi.

image is not available

Tegasnya lagi, seorang pendera tidak akan berubah jika mereka pernah memiliki sejarah memaki dan memukul orang yang disayangi.

“Saya sudah pernah katakan ini banyak kali, pendera tidak mungkin boleh berubah.
“Sama ada muka mereka kacak atau tidak, jangan biarkan anda dikaburi oleh fizikal mereka.
“Terutamanya jika anda tahu dia pernah ada sejarah dengan bekas kekasih, pukul atau maki sebelum berkahwin. Walaupun ketika itu dia hanya kekasih, larilah,”tegas Shila Amzah.

image is not available

Shila tampil berkata demikian ketika mengulas sebuah video temu ramah yang dikongsikan bekas model, Zahnita, yang didakwa menjadi mangsa penderaan suaminya.

Sumber: Instagram shahilaamzah