
“Sekarang boleh bayangkan betapa besarnya Sarawak,” – netizen
Rupa-Rupanya Hampir Setiap Negeri Malaysia Boleh ‘Muat’ Dalam Sarawak, Netizen Kagum Lihat Infografik Ini. Kita semua boleh bersetuju bahawa Sarawak adalah sebuah negeri yang besar – lagipun, kita akan tetap berada di dalam kawasan Sarawak walaupun selepas memandu 13 jam!
Tetapi pernahkah anda terfikir sebesar mananya Sarawak? Individu ini berkongsi sebuah infografik, menunjukkan negeri-negeri Malaysia sebagai puzzle yang boleh dimuatkan ke dalam Sarawak, meletakkan perspektif tentang betapa besarnya negeri ini dan mengapa mereka percaya Sarawak ialah negeri yang tidak mudah untuk ditadbir.

“Kita tahu Sarawak besar, tetapi sebesar mana negeri itu sebenarnya?”
Infografik tersebut dikongsikan individu ini yang menjelaskan hampir semua negeri di Malaysia (kecuali Pahang, kerana ia merupakan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia) boleh muat di Sarawak.
Perspektif ini adalah untuk menunjukkan kepada netizen betapa luasnya kawasan tanah Sarawak dan turut menarik perhatian ramai.
We know that Sarawak is huge. But exactly how huge is it?
Turns out, if you turn Semenanjung into a jigsaw puzzle, you can comfortably fit *every single state* into the borders of Sarawak (except Pahang, the largest).
This is why – governing Sarawak is a different beast! pic.twitter.com/Z5hemdyRX5
Beliau turut berkongsi dua carta bar yang menunjukkan Sarawak sahaja membentuk 38% daripada jumlah keluasan tanah Malaysia, manakala Sabah menyumbang 22% dan Semenanjung untuk baki 40%.
To get a more precise picture of how this is possible, here's two simple bar charts showing states in Malaysia by land area.
Sarawak alone makes up 38% of Malaysia's total land area!
Sabah accounts for 22%, and Peninsular for the balance 40%. pic.twitter.com/kW8cgN0iwZ
“Tak sangka pula negeri kita ni besar sangat,” – netizen
Rata-rata netizen, terutamanya warga Sarawak, terkejut dengan maklumat tersebut walaupun mengetahui bahawa Sarawak adalah sebuah negeri yang besar.
Ini mungkin disebabkan ramai kurang menyedari keluasan tanah Sarawak tetapi hanya menyedarinya apabila melihat hampir setiap negeri di Semenanjung Malaysia mampu dimuat masuk ke dalam Sarawak menerusi infografik ini.
Sekarang baru dapat bayang betapa besarnya negeri Sarawak! https://t.co/NI4JWlQrjN
aku igt classmate buat presentation “samarahan lagi besar dari melaka” https://t.co/g4poDTcBaR
A friend: Wei aku kat Sarawak ni. Jom lah jumpa.
Sarawakian: Wah yeke. Kat mana?
A friend: Kat Miri.
Sarawakian: AKU KAT KUCHING LAH WOII. https://t.co/H5cjp9qZbz
Damn idk we were that big https://t.co/tHphCVSMzp
& also to see how huge it is, Sarawak have 9 different zones for waktu berbuka. Zon 1 & Zon 8 is roughly like 15 mins apart. https://t.co/QMNh22dIkH
Sarawak is larger than Qatar, Jordan and South Island of NZ. https://t.co/zOwhUo4t0J
If susun betul-betul, my home division, which is Miri can actually fit Kelantan, Perlis, Penang and Melaka. 4 buah negeri boleh sumbat di Bahagian Miri.
Kapit, being the largest division boleh sumbat the entire negeri Pahang.
Governing Sarawak is not an easy task https://t.co/nYXGyg0bpl
Apakah pendapat anda mengenai perkara ini? Komen pendapat anda di bawah.


