
Difahamkan bahawa isterinya tengah sarat mengandung 8 bulan
Rupanya Bawa Bini Sarat Mengandung, Tular Abang Sado Tunjal Kepala Pemandu Wanita Kini Ditahan. Kecoh di laman sosial sejak semalam kerana terdapat insiden seorang lelaki didakwa lagak samseng, maki dan tunjal kepala pemandu wanita.
Terdahulu tular satu video berdurasi 59 saat yang memaparkan seorang lelaki berbaju merah keluar daripada kereta PROTON Persona dipandunya dan mengetuk cermin kenderaan di belakangnya sebelum memarahi pemandu wanita serta memukul kepala mangsa.

Jelas lelaki itu juga, tindakan pemandu wanita tersebut boleh mengancam nyawa mereka sekeluarga
Menerusi di laman Facebook, terdapat kongsian dalam satu kumpulan di mana individu ini memuatnaik satu laporan bahawa lelaki tersebut bertindak sedemikian kerana membawa anak dan isterinya yang sedang sarat hamil 8 bulan.
Jelas lelaki itu juga, tindakan pemandu wanita tersebut boleh mengancam nyawa mereka sekeluarga memandangkan jalan di Cameron Highland tidak sesuai untuk memotong kerana jalan kecil berliku, juram serta pada masa kejadian terdapat kenderaan bertentangan.

Lelaki itu sudah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk tindakan lanjut.
Menurut laporan itu juga, lelaki tersebut bengang kerana pihak pemandu wanita tersebut telah viralkan video tersebut tanpa rakaman penuh kejadian yang berlaku.
Difahamkan lelaki itu sudah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk tindakan lanjut. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri dikatakan akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.



