Rupanya Ini 7 Tanda Awal Badan Kita Kekurangan Protein

Health & Fitness
8 Dec 2025 • 9:58 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Walaupun kita rasa ‘dah makan banyak setiap hari’, tapi rupanya pengambilan protein masih kurang. Sebab itu semakin ramai cepat letih, rambut gugur, mudah sakit, dan rasa “lemau” sepanjang hari — bukan sebab umur, tapi kerana tubuh kekurangan bahan asas untuk berfungsi. 

Di Malaysia, pola makan kita sangat bergantung pada nasi dan karbohidrat sebagai makanan utama. Lauk berprotein sering diambil dalam jumlah yang kecil atau sekadar ‘cukup syarat’ — contohnya satu ketul ayam kecil, sedikit ikan, atau kadang-kadang hanya separuh biji telur. Bahkan, makin ramai yang memilih untuk mencuba makanan ‘viral’ yang mahal tetapi rendah nutrisi.

Kesannya? Ramai yang tidak sedar tubuh mereka sebenarnya kekurangan protein, walaupun tidak kelihatan kurus atau kurang makan. Dalam kalangan pesakit kronik pula, terutamanya warga emas — kekurangan protein boleh mempercepatkan kelemahan fizikal dan menjejaskan kualiti hidup.

Dengan gaya hidup moden yang serba sibuk, makan tak menentu, makanan segera yang tinggi tepung dan rendah protein — tidak pelik kalau ramai mula mengalami tanda-tanda awal kekurangan protein tanpa mereka sedar.

image is not available

7 Tanda Kekurangan Protein

Kekurangan protein tidak nampak ketara pada awalnya. Sebaliknya, ia bermula dengan tanda-tanda halus pada kulit, rambut, kuku, otot dan tahap tenaga. Dalam jangka masa panjang, ia boleh mempengaruhi imuniti, prestasi kerja, hormon dan metabolisme.

Ayuh, kenali tanda-tanda kekurangan protein ini :

1) Cepat letih & lemah otot

Protein menyokong pembinaan dan pemulihan tisu otot. Tanpanya, anda mudah penat, kurang tenaga untuk aktiviti harian dan otot boleh mengecil (sarcopenia pada warga emas). Kajian nutrisi menunjukkan hubungan jelas antara intake protein rendah dan kehilangan jisim otot. 

2) Rambut gugur & kuku rapuh

Rambut dan kuku bergantung pada asid amino dari protein. Kekurangan protein boleh menyebabkan rambut nipis, mudah gugur dan kuku mudah patah — ini antara tanda awal yang mudah diperhatikan.

3) Kulit kusam & luka lambat sembuh

Proses penyembuhan luka memerlukan sintesis kolagen dan protein lain. Kurangnya protein yang diambil boleh melambatkan pemulihan luka dan menjejaskan integriti kulit. Bukti dari kajian menunjukkan bahawa penyembuhan luka dapat ditingkatkan dengan peranan protein dalam tisu-tisu pembaik.

4) Kerap lapar walaupun baru makan

Protein memberikan rasa kenyang lebih lama — tanpa protein yang mencukupi, hormon lapar (seperti ghrelin) sukar dikawal, menjadikan anda asyik makan snek bukan berkhasiat. Ini boleh menjejaskan kawalan gula dan berat badan.

5) Mudah diserang jangkitan / imuniti lemah

Antibodi dan komponen sistem imun dibina daripada protein. Pengambilan protein yang rendah dikaitkan dengan penurunan fungsi imun dan inilah punca seseorang kerap jatuh sakit

6) Edema (bengkak) — terutama kaki & perut

Dalam kekurangan protein teruk, tekanan osmotik plasma turun (albumin rendah) dan ini boleh membawa kepada edema — tanda serius yang memerlukan perhatian perubatan.

7) Penurunan prestasi & mood swing

Protein membekalkan asid amino penting untuk neurotransmitter. Kekurangannya boleh pengaruhi mood, tumpuan dan prestasi kerja / sekolah.

image is not available

Jadi, Berapa Banyak Protein Badan Kita Perlu Makan Setiap Hari?

Cadangan jumlah pengambilan protein harian untuk rakyat Malaysia berdasarkan Recommended Nutrient Intakes (RNI) Malaysia 2017):

  • Lelaki Dewasa (19–59 tahun): 62 g protein sehari, iaitu lebih kurang 2–3 hidangan protein setiap kali makan (contoh: 2 ketul ayam / 1 keping ikan / 1 genggam kekacang)
  • Wanita Dewasa (19–59 tahun): 55 g protein sehari, iaitu lebih kurang 2 hidangan protein setiap kali makan
  • Warga Emas Lelaki (60 tahun ke atas): 58 g protein sehari, iaitu lebih kurang 2 hidangan protein setiap kali makan
  • Warga Emas Wanita (60 tahun ke atas): 50 g protein sehari, iaitu lebih kurang 1–2 hidangan protein setiap kali makan
  • Remaja Lelaki (13–18 tahun): 65–69 g protein sehari, iaitu lebih kurang 2–3 hidangan protein setiap kali makan
  • Remaja Perempuan (13–18 tahun): 55–59 g protein sehari, iaitu lebih kurang 2 hidangan protein setiap kali makan
  • Kanak-kanak 10–12 tahun: 45 g protein sehari, iaitu sekitar 1–2 hidangan protein setiap kali makan
  • Kanak-kanak 7–9 tahun: 36 g protein sehari, iaitu sekitar 1 hidangan protein setiap kali makan
  • Kanak-kanak 4–6 tahun: 25 g protein sehari, iaitu sekitar 1 hidangan protein kecil setiap kali makan
  • Kanak-kanak 1–3 tahun: 18 g protein sehari, iaitu sekitar ½ hidangan protein setiap kali makan
  • Ibu Mengandung: +10 g tambahan daripada keperluan harian biasa (Tambah 1 hidangan protein kecil sehari (contoh: segenggam kacang / sebiji telur))
  • Ibu Menyusu: +20 g hingga +25 g tambahan sehari bergantung kepada tempoh penyusuan (Tambah 1–2 hidangan protein sehari)

NOTA: 

image is not available

Tips Praktikal Atasi Kekurangan Protein Untuk Gaya Hidup Yang Sibuk

Jika anda sukar mencapai keperluan protein contohnya disebabkan oleh waktu kerja yang panjang, ingin kerap berpuasa, vegetarian atau pantang sesetengah makanan protein — pengambilan suplemen protein berkualiti boleh membantu memenuhi keperluan nutrisi anda:

1. Nutrilite GUTPROtein Foundational Health Solution

Gabungan protein + pre/probiotik + serat; sesuai untuk mereka yang mahu sokongan asas usus dan pengambilan protein lengkap. Produk set ini direka khusus untuk menyokong fungsi pencernaan & penyerapan nutrien.

      Set ini mengandungi:

      • 1x Nutrilite Soy Protein Drink 450g atau
      • 1x Nutrilite Soy Protein Drink Mix – Rasa Mixed Berries 500g atau
      • 1x Nutrilite Soy Protein Drink Mix – Rasa Teh Hijau 450g atau
      • 1x Nutrilite Soy Protein Drink Mix – Rasa Coklat 500g
        • (Pilih salah satu)

      Dan:

      • 1x Nutrilite Mixed Fiber Powder – 4.5g X 30 Stick Packs
      • 1x Nutrilite Botanical Beverage Mix dengan Ekstrak Akar Chicory dan Probiotik
      image is not available
      Beli Sekarang
      2. Nutrilite Soy Protein Drink Stick Packs

      Sumber protein tumbuhan (soya + gandum + pea), mudah dibawa dan disediakan; pilihan baik untuk tingkatkan pengambilan protein harian tanpa kolesterol. Amat sesuai untuk yang mahu alternatif protein haiwan.

        100% berasaskan tumbuhan, Nutrilite Soy Protein Drink Stick Packs adalah sumber protein berkualiti tinggi dan asid amino penting untuk membantu menyokong pembinaan otot serta keperluan harian anda. Kini hadir dalam bentuk stick pack yang lebih mudah dan praktikal, serbuknya juga mudah larut menjadikannya senang dicampur bersama makanan atau minuman kegemaran, walaupun anda sedang sibuk atau dalam perjalanan – sekaligus membantu memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

        Ambil satu hidangan sebagai sarapan pantas atau snek selepas bersenam; gabungkan dengan buah / bijirin untuk nutrisi seimbang. Mudah dan sedap! Dengan stick pack ini, anda boleh menikmati protein anda, bila-bila masa, di mana sahaja, termasuk ketika sibuk atau dalam perjalanan.

        Ciri-ciri utama:

        • Rendah lemak dan bebas kolesterol.
        • Gabungan unik tiga protein: gandum, soya, dan kacang pea.
        • Satu hidangan Nutrilite Soy Protein Drink menyediakan 8g protein dan kesemua 9 asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh.
        • Mempunyai Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score (PDCAAS) 1, memastikan protein dan asid amino mudah dicernakan.
        image is not available
        Beli Sekarang

        NOTA: Untuk isu khusus (contoh: penyakit buah pinggang, edema, atau keperluan protein tinggi untuk luka), rujuk doktor atau pakar diet dulu.


        Notis Penafian

        Penafian: Maklumat dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak menggantikan nasihat perubatan profesional. Jika anda mempunyai kondisi perubatan (contohnya masalah buah pinggang, diabetes, atau luka kronik), sila rujuk doktor sebelum mula sebarang suplemen.