Rupanya Ini Fungsi ‘Bonggol’ Atas Kapal Yang Ramai Tak Tahu

WorldTechnology
12 Jul 2025 • 3:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Rupanya Ini Fungsi ‘Bonggol’ Atas Kapal Yang Ramai Tak Tahu

Menaiki kapal terbang merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna. Lebih-lebih lagi, penumpang dapat menikmati pemandangan langit yang tidak dapat dilihat dari kawasan yang rendah.

Tapi pernah tak sebelum menaiki kapal terbang, anda menoleh ke luar tingkap dan perasan satu bonggol kecil di atas badan pesawat?

Nampak pelik bukan? Macam tak kena dengan reka bentuk licin dan moden pesawat.

Ramai yang tak tahu sebenarnya, bonggol kecil ini adalah “hero” sewaktu kita berada di atas kapal terbang.

Bukan Sekadar Hiasan

Bonggol kecil yang terdapat pada atas bumbung sesetengah kapal ini dikenali sebagai Radome, yang berasal dari dua gabungan perkataan radar dan kubah (dome).

Berbentuk benjolan, di dalam radome ini tersembunyi antena penting yang menerima isyarat dari satelit.

Ia membolehkan penumpang melayari internet, menonton video, menghantar mesej dan banyak lagi tanpa gangguan sewaktu kapal terbang berada di langit.

Dalam bahasa yang mudah, pesawat moden kini dilengkapi sambungan WiFi berasaskan satelit, dan antenanya perlu berada di atas pesawat.

Bentuk luarannya yang benjol berfungsi sebagai pelindung kepada antena daripada hujan, ribut, salji, atau burung.

Menariknya, bukan semua WiFi dalam kapal terbang datang dari satelit. Sesetengah syarikat penerbangan menggunakan sistem Air-to-Ground (ATG).

ATG menggunakan antena di pesawat untuk menerima isyarat dari menara di bumi. Untuk itu, ada juga pesawat yang mempunyai bonggol di bahagian bawah.

Adakah Menganggu Aerodinamik?

Secara logiknya ya, apa-apa sahaja benjolan dari permukaan pesawat akan menambah daya seretan udara.

Bagaimanapun, ini merupakan pengorbanan kecil dalam memastikan sambungan internet sepanjang masa sewaktu kapal berlepas di udara.

Seiring waktu, antena generasi baharu seperti Electronically Steerable Antennas (ESA) direka lebih rata, ringan dan licin, supaya tidak mengganggu prestasi pesawat.

Jadi, apabila anda nampak bonggol di atas pesawat tak perlu lagi pelik. Semoga bermnafaat.