Rupanya Ini Punca Penyanyi Wanita Maut Di Melaka!

LocalEntertainment
25 Feb 2025 • 10:31 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Anggota polis

Seorang penyanyi sambilan maut dipercayai dibunuh akibat cemburu dalam kejadian di Taman Seri Mangga Seksyen 1, Melaka semalam.

Menurut laporan Buletin TV3, pihak polis menerima laporan sekitar 12.31 tengah hari mengenai penemuan mayat seorang wanita berlumuran darah di dalam sebuah rumah dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit.

Polis temui mangsa yang merupakan penyanyi wanita dalam keadaan tragis

image is not available

Saksi yang juga rakan serumah mangsa mendakwa terdengar pertengkaran antara mangsa dan seorang lelaki di dalam bilik mereka sebelum insiden berlaku.

Saksi yang curiga kemudian membuka pintu bilik dan menemui mangsa terbaring di atas katil dalam keadaan berlumuran darah.

Suspek cedera dan disyaki cuba bunuh diri

image is not available

Turut ditemui di dalam bilik tersebut adalah seorang lelaki berusia 54 tahun, dipercayai suspek utama dalam kes ini. Lelaki berkenaan juga mengalami kecederaan dan disyaki cuba membunuh diri selepas kejadian.

Polis turut menemui dua bilah pisau di lokasi yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan tersebut.

Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Suspek yang masih menerima rawatan di Hospital Melaka kini sedang disoal siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan V Somsundram di talian 06-2842222.

#ApaKataOhmedia

Cemburu yang melampau boleh membawa kepada tragedi yang tidak diingini. Jika anda atau orang sekeliling mengalami konflik hubungan yang serius, carilah bantuan dan elakkan daripada bertindak di luar kawalan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Buletin TV3


The post

appeared first on

.