Rupanya Ini Sebab Eyka Farhana & Akhyar Rashid Adakan 5 Majlis Resepsi Di Tiga Negeri

LocalEntertainment
22 May 2025 • 3:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkahwinan pelakon Eyka Farhana dan pemain bola sepak, Akhyar Rashid mendapat tumpuan ramai selepas pasangan itu mengadakan lima majlis resepsi Kuala Lumpur, Kedah dan Kelantan.

Berkongsi lanjut, Eyka dan Akhyar bersyukur majlis mereka berjalan dengan lancar selepas lapan bulan membuat perancangan rapi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eyka Farhana (@eykafarhana)

Mungkin ada yang tertanya tentang perkahwinan mereka yang mempunyai lima majlis resepsi berbeza dan Eyka berkata ia kerana kedua-dua mereka mempunyai keluarga yang ramai.

Kata Eyka, dia mempunyai keluarga di sebelah Melaka dan Kelantan manakala keluarga besar Akhyar pula ramai di Kedah.

Sebab kenapa kami buat lima resepsi adalah ramai ahli keluarga kami yang sudah tak larat nak travel jauh-jauh.

Contohnya kita buat dekat Kuala Lumpur untuk sesiapa yang berada di sana. Kita bagi semua orang merasa secara sama rata.

image is not available

Tambahnya, mereka mahu menunaikan impian keluarga besar memandangkan Eyka merupakan anak sulung pertama berkahwin dalam keluarganya manakala Akhyar pula anak bongsu dan terakhir yang berkahwin dalam keluarga.

Kami nak meraikan keluarga, kami tunaikan impian keluarga seperti keluarga Akhyar mahu majlis di Kedah, bapa saya juga nak adakan di Kelantan juga. Di Langkawi pula untuk rakan-rakan. Majlis juga tak bercampur dan semua dapat hadir.

image is not available 2 weeks ago

"Memang Padu!" - Berharga RM3.5K, Kek Majlis Persandingan Eyka Farhana & Suami Buat Netizen Tergamam