
Rupanya Ini "Trick" Api Dapur Gas Kekal Biru
Bila tengah sibuk memasak, ternampak bawah kuali, api dapur dah berwarna oren. Sudah tentu mulalah pening kepala kan?
Lagi-lagi, sebenarnya punca utama periuk korang cepat berjelaga adalah disebabkan api dapur yang bertukar warna jadi oren.
Mungkin ramai masih belum mengetahui bahawa api oren ni petanda pembakaran tak efisien dan ada "sesuatu" yang tersumbat dalam saluran dapur gas tu.
Tapi, mak-mak dan isteri-isteri di rumah tu jangan terus menggelabah nak buang dapur lama dan pergi beli yang baru.
Benda ini sebenarnya boleh selesai sendiri dekat rumah.
Jom SK kongsikan tip untuk kembali api biru pada dapur gas anda di bawah;
Tip Api Biru Kekal Pada Dapur Gas

1. Cuba periksa bahagian burner atau tungku dapur. Biasanya lubang halus kat situ dah tersumbat dengan sisa makanan yang tumpah atau karat.

2. Satu lagi rahsia besar adalah dengan melaraskan injap udara (air shutter) di bahagian bawah dapur.
Pusingkan sedikit demi sedikit sampai nampak api tu bertukar jadi biru semula. Bila api dah biru cantik, barulah masak pun cepat, gas pun jimat, dan paling penting, kuali korang kekal berkilat!
Selamat mencuba!

