
Tular di media sosial, wanita didakwa ‘dilarikan’ oleh pemandu e-hailing, namun laporan telah ditarik balik
Rupanya Pemandu e-Hailing OKU Pendengaran, Wanita Dakwa ‘Dilarikan’ Tarik Laporan. Seorang wanita terjun dari kenderaan e-hailing kerana takut ‘dilarikan‘ oleh pemandu telah menarik balik laporan polis selepas mengetahui pemandu e-hailing adalah orang kurang upaya (OKU) pendengaran,
Menurut sumber, Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim menyatakan bahawa kejadian tersebut mengundang salah faham apabila wanita bekerja sebagai pramusaji duduk di bahagian penumpang belakang lalu menanyakan kepada lelaki itu untuk membuat pembayaran tunai, namun tidak dijawab.

Wanita itu tidak seleasa kerana pemandu kerap pandang ke belakang
Difahamkan, wanita itu semakin berasa tidak selesa apabila pemandu kerap pandang ke belakang. Jadi, dia segera ‘terjun’ dari kereta yang sedang bergerak, namun dirinya tidak cedera.
Dalam pada itu, dipercayai kejadian berlaku di Glenmarie selepas wanita itu tempah e-hailing pada 9.30 pagi. Menurut Iqbal, semakan pemandu Perodua Axia itu bekerja sebagai pemandu e-hailing bermula 26 Sept lalu dan pengadu adalah pelanggan ketiganya pada hari kejadian.
Pemandu e-hailing baru bekerja selama 4 hari, dan sebab itu dia tersalah jalan
“Pemandu itu juga menjelaskan tersalah jalan disebabkan masih baru dan cuba membuat pusingan U di Jalan Temasya, Glenmarie, pada masa yang sama pengadu membuka pintu kereta lalu keluar dari kenderaannya.
Selepas wanita terjun, pemandu itu tetap teruskan perjalanannya
“Dia kemudiannya meneruskan perjalanan kerana ada permintaan pelanggan lain,” ujarnya lagi memetik laporan.

Sementara itu, kes berkenaan dianggap tiada tindakan lanjut kerana hanya berlaku salah faham, malah laporan polis turut ditarik balik selepas mengetahui situasi sebenar.
Untuk makluman, semalam dilaporkan wanita tersebut mengalami ketakutan kerana mendakwa hampir ‘dilarikan’ oleh pemandu e-hailing.
Pengusaha katering, Ayuni Dean melaporkan kejadian berlaku ketika pekerjanya, Neera, dalam perjalanan ke Glenmarie. Dalam pada itu, Neera terus keluar dari kereta dan meminta bantuan Ayuni.


