
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikatakan sudah mengenal pasti sebahagian ibu bapa daripada 329 kanak-kanak yang telah diselamatkan dari rumah amal GISBH.
Menurut laporan Harian Metro, kesemua individu berkenaan walau bagaimanapun masih belum tampil memberi keterangan dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Razarudin Husain.
Kita (polis) mendapati mereka ini kemungkinan tidak tahu anak mereka sudah diselamatkan polis. Mungkin juga mereka ini tidak tampil kerana sebelum ini (pihak pengurusan) GISBH mengaku mereka ini anak yatim.
Rupanya ada antara kanak-kanak itu sudah di ‘bin’ kan dengan nama Abdullah disebabkan perkahwinan awal tidak berdaftar dan selepas hamil, baru didaftarkan di Pejabat Agama Islam Negeri mengikut peruntukan undang-undang.
Bukan tu jer, pihak polis juga berkata yang mereka tidak menolak kemungkinan ada antara kanak-kanak yang diselamatkan itu merupakan adik beradik.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro

