Rusa, Pokok Krismas Gergasi Jadi Pilihan Hiasan Menarik Di Pusat Beli-Belah Di Ibu Kota

23 Dec 2022 • 4:12 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Rusa adalah simbolik kepada pengembaraan, perjalanan yang selamat, kekuatan dan ketahanan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Menjelang sambutan Hari Krismas ini, pusat beli-belah di ibu kota telah menghias premis mereka dengan pelbagai dekorasi dan hiasan menarik serta unik.

Patung rusa dihiasi dengan lampu yang bergemerlapan selain pokok krismas gergasi menjadi pilihan hiasan di pusat-beli belah di Kuala Lumpur.

Jurufoto Abdul Razak Latif membuat tinjauan di beberapa pusat beli-belah termasuk Pavilion dan KLCC serta merakamkan gambar-gambar menarik ini.

image is not available
Hiasan menarik dan unik ditampilkan di pusat beli-belah bagi menyambut Krismas.

image is not available
Dekorasi pokok Krismas yang menarik perhatian ramai dengan lampu yang bergemerlapan berhampiran sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur.

image is not available
Dekorasi pokok Krismas yang menarik perhatian ramai berhampiran sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur.

image is not available
Hiasan rusa ini menarik perhatian kanak-kanak yang mengunjungi sebuah pusat beli-belah di ibu kota.

image is not available
Dua kanak-kanak ini tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan patung rusa hiasan.

image is not available
Pemandangan di KLCC yang turut dihiasi dengan pokok Krismas gergasi di luar pusat beli-belah berkenaan.