Rusia Ingin Membina Stesen Angkasa Sendiri Bermula 2027

TechnologyDigital
31 Oct 2023 • 12:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Rusia akan bergerak sendiri dengan membina stesen angkasa lepas mereka bermula 2027. Presiden Vladimir Putin berkata dengan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dijangka akan berhenti beroperasi menjelang 2030, Rusia akan membina stesen angkasa sendiri kerana hubungan diplomatik yang semakin tegang dengan Amerika Syarikat serta negara Eropah.

image is not available
Model konsep stesen angkasa lepas ROSCOSMOS

Sebelum ini agensi ROSCOSMOS berkata mereka akan menarik diri daripada ISS selepas Rusia dikenakan sekatan disebabkan oleh konflik di Ukraine. Tetapi kemudiannya bersetuju untuk meneruskan kerjasama sehingga 2028. Sebelum menyertai program ISS, Rusia mempunyai stesen angkasa Mir yang beroperasi antara 1986 hingga 2001.

Mir menjadi templat kepada stesen angkasa Tiangong milik China yang beroperasi sejak 2022. Yang pasti selepas ini beberapa stesen angkasa lepas akan dibina oleh syarikat swasta. Angkasa lepas yang dahulunya hanya boleh diteroka oleh negara-negara maju, kini turut boleh diteroka oleh syarikat serta individu yang mampu.