Rusia mampu hadapi sekatan lebih baik daripada jangkaan Barat - PM

6 Sep 2024 • 1:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar Ibrahim. Foto AFP

VLADIVOSTOK - Rusia mampu menghadapi sekatan dengan lebih baik daripada jangkaan ramai pemerhati Barat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara bersama Agensi Berita Rusia RIA Novosti dan penyiar RT, lapor Sputnik.

"Pengalaman Rusia sedikit berbeza kerana anda lebih kuat, lebih besar dan anda mempunyai tekad yang gigih serta sejarah yang hebat.

"Entah bagaimana, mereka menguruskan keadaan dengan lebih baik daripada apa yang difikirkan oleh ramai pemerhati Barat. Itu benar.

"Kita lihat pada angka ekonomi, lihat pada pengeluaran pertanian, teknologi baharu, lihat pada sistem perbankan," kata Anwar di luar sidang Forum Ekonomi Timur (EEF).

Forum Ekonomi Timur bermula pada Selasa dan berlangsung sehingga hari ini (Jumaat). - Bernama-Sputnik

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved