Pengawal selia internet Rusia, Roskomnadzor telah menyekat ciri panggilan suara menggunakan WhatsApp dan Telegram di negara tersebut sejak semalam. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Roskomnadzor, sekatan dikenakan kerana ciri ini digunakan untuk tujuan penipuan serta aktiviti keganasan

Permintaan untuk pengendali platform mengambil tindakan telah diabaikan dan oleh itu sekatan ialah langkah yang diambil. Dalam kenyataan yang diberikan kepada media, WhatsApp berkata aplikasi pemesejan mereka adalah disulitkan bagi menentang percubaan kerajaan Rusia untuk melanggar hak orang ramai untuk komunikasi. Sekatan yang dikenakan pengalaman menggunakan WhatsApp oleh 100 juta pengguna di Rusia kini terjejas.
Telegram belum mengeluarkan kenyataan tetapi beberapa permintaan kerajaan Rusia untuk mengakses sistem aplikasi telah menyebabkan syarikat ini memindahkan operasi ke luar negara.

