Rusia: Pemilik rumah jagaan warga emas ditahan berhubung insiden kebakaran

25 Dec 2022 • 4:27 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MOSCOW: Pemilik rumah jagaan warga emas (rumah jagaan bagi golongan pesara) di bandar Kemerovo Rusia ditahan berhubung insiden kebakaran di premis berkenaan hingga mengakibatkan 22 nyawa terkorban, menurut Jawatankuasa Siasatan Rusia pada Sabtu.

Kebakaran di rumah jagaan itu berlanjutan dari Jumaat hingga Sabtu dan memusnahkan kira-kira 180 meter persegi (1,940 kaki persegi) premis, lapor Sputnik.

Menurut kerajaan wilayah Kemerovo, punca kebakaran adalah pelanggaran peraturan keselamatan ketika menggunakan pemanas dapur.

“Penyiasat dari Jawatankuasa Siasatan Rusia di wilayah Kemerovo mendakwa seorang lelaki berusia 31 tahun didakwa di bawah kesalahan Bahagian 3 Perkara 238 Kanun Jenayah Rusia (kerana menyediakan perkhidmatan yang tidak memenuhi keselamatan atau kesihatan pengguna dan cuai hingga menyebabkan kematian dua orang atau lebih),“ menurut jawatankuasa itu di Telegram.

Menurut siasatan awal, pemilik bangunan itu tidak melakukan apa-apa untuk membaiki dandang yang rosak walaupun terdapat banyak aduan daripada penduduk.

Situasi itu diburukkan lagi dengan kehadiran tong gas di dalam bangunan itu, menurut perkhidmatan kecemasan.-Bernama