Rusia sahkan kes pertama cacar monyet

12 Jul 2022 • 4:30 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MOSCOW: Rusia mengesahkan kes pertama membabitkan jangkitan cacar monyet melibatkan seorang remaja yang baru pulang dari Eropah, lapor Sputnik.

“Kes pertama wabak cacar monyet telah disahkan di Rusia. Kes membabitkan seorang remaja yang baru pulang selepas mengunjungi Eropah.

“Remaja berkenaan mengalami ruam (simptom biasa bagi mereka dijangkiti cacar monyet) dan telah mendapatkan rawatan di kemudahan perubatan,“ menurut agensi pemantau hak asasi manusia, Rospotrebnazor.

Rospotrebnadzor menjelaskan bahawa pesakit mengalami gejala ringan dan telah dikuarantin.-Bernama