Rusia Tolak Keputusan PBB, Nafi Terlibat Tembak Jatuh MH17

WorldPolitics
14 May 2025 • 2:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, majlis penerbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memutuskan bahawa Rusia bertanggungjawab atas insiden tembakan ke atas pesawat Malaysia Airlines MH17 di ruang udara Ukraine.

Walau bagaimanapun, Rusia menolak keputusan yang memutuskan Moscow bertanggungjawab dalam menembak jatuh pesawat MH17 milik Malaysia Airlines di Ukraine.

image is not available

Memetik laporan Kosmo! Online, Moscow menegaskan bahawa siasatan yang diketuai Belanda ke atas insiden itu adalah bermotifkan politik dan bergantung kepada bukti-bukti daripada Ukraine yang boleh dipersoalkan.

Pendirian utama Moscow kekal bahawa Russia tidak terlibat dalam nahas MH17 dan semua kenyataan yang diberikan oleh Australia dan Belanda adalah palsu.

Kenyataan itu dibuat selepas Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengundi bahawa Russia gagal menegakkan kewajipannya untuk mengelak daripada menggunakan senjata terhadap pesawat awam.

image is not available

Terdahulu, pesawat MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 dan mengorbankan kesemua 298 penumpang termasuk kru, kebanyakannya warga Belanda, Malaysia dan Australia.

Insiden itu berlaku ketika tentera Ukraine cuba merebut semula wilayah Donetsk dan Lugansk yang mengisytiharkan pemerintahan sendiri susulan rampasan kuasa yang disokong Barat di Kyiv.

image is not available 2 days ago

Selepas Bertahun Menanti, Badan Penerbangan PBB Akhirnya Isytihar Rusia Punca MH17 Ditembak Jatuh