Rusuhan Bola Sepak Di Indonesia Kedua Terburuk Di Dunia, Menanti Hukuman Dari FIFA

2 Oct 2022 • 1:33 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Malam tadi kita dikejutkan dengan insiden rusuhan penyokong bola sepak di Stadium Kanjuruhan, Malang, Indonesia. Apa yang lebih menyedihkan bila jumlah kematian meningkat kepada 129 orang setakat ini.

image is not available

Apa yang berlaku ini menyaksikan ia sebagai insiden rusuhan bola sepak yang kedua terburuk dalam sejarah sukan dunia.

Rusuhan penyokong terburuk yang pernah dicatatkan dalam sejarah berlaku pada 24 Mei 1964 di Lima, Peru yang menyaksikan 328 penyokong terkorban ketika aksi kelayakan Olimpik Tokyo. Ketika itu Peru sedang menentang Argentina dan penyokong menjadi gila selepas gol penyamaan Peru dibatalkan pengadil dari Uruguay, Angel Eduardo Pazos.

image is not available

Selepas itu seorang penyokong telah masuk ke padang dan membelasah pengadil dan datang lagi penyokong kedua yang kemudian dipukul teruk dengan polis. Ketika inilah menjadikan lebih ramai penyokong masuk ke tengah padang dan keadaan menjadi tak terkawal sehingga pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata.

image is not available

Berikut adalah senarai insiden keganasan bola sepak yang berlaku di seluruh dunia

image is not available

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media