
PUTRAJAYA - Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia akan dibentangkan di Dewan Rakyat minggu depan.
Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diluluskan Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.
"Sekiranya ada masa ia akan dibahas dan dibuat bacaan kedua dalam mesyuarat kali ini.
"Jika tidak, ia telah disenaraikan untuk dibahas dalam mesyuarat yang akan datang," katanya menerusi sidang akhbar mingguan pasca Mesyuarat Kabinet, di sini.
AKAN MENYUSUL

