RUU Perbekalan 2023 kali pertama dibentang di Dewan Rakyat

LocalPolitics
21 Feb 2023 • 1:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Maslan - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Selasa

Rang undang-undang itu dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Rang undang-undang itu adalah bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2023.

Ahmad berkata, rang undang-undang berkenaan akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada jam 4 petang, Jumaat ini.

Ia dijadual dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

Berdasarkan Takwim Persidangan Dewan Rakyat, Ahli Parlimen dijadualkan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 bagi peringkat dasar selama enam hari dan peringkat jawatankuasa selama 10 hari. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved