RUU pisahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, had tempoh jawatan PM dibentang Isnin ini - Azalina

LocalPolitics
20 Feb 2026 • 12:31 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

RUU pisahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, had tempoh jawatan PM dibentang Isnin ini - Azalina image is not available hamden20/02/2026 - 12:31 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 20 Feb – Rang undang-undang untuk memisahkan peranan Peguam Negara (A-G) dan Pendakwa Raya (PP) serta mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin ini.

 

Perkara itu disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, dalam taklimat media mengenai rang undang-undang berkenaan.

 

Bacaan kedua bagi rang undang-undang untuk memisahkan peranan A-G dan PP dijadualkan pada 2 Mac dan akan dibentangkan sendiri oleh Azalina.

 

Sementara itu, bacaan kedua bagi rang undang-undang mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 3 Mac.

 

Azalina turut memaklumkan satu taklimat rasmi mengenai rang undang-undang itu akan diadakan di Parlimen pada Isnin.

 

image is not available

 

Sebelum ini, Anwar memberitahu reformasi untuk memisahkan peranan A-G dan PP akan dilaksanakan tahun ini.

 

Pada Januari lalu, Azalina mengumumkan bahawa kabinet telah bersetuju mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved