RUU PSB: PAS sokong langkah UMNO, sedia sertai & yakin kesatuan Islam-Melayu selamatkan negara

LocalPolitics
4 Sep 2025 • 3:31 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari menyatakan PAS menyambut baik keterbukaan UMNO menubuhkan Pasukan Khas bagi meneliti dan memperhalusi Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

Beliau berkata langkah itu jelas menunjukkan kesediaan UMNO untuk mengkaji secara mendalam implikasi undang-undang tersebut terhadap rakyat.

“PAS menegaskan kesediaan untuk turut sama jika dijemput dalam apa jua perbincangan atau konvensyen yang dianjurkan, khususnya yang melibatkan parti-parti Melayu.
“PAS yakin bahawa melalui wadah kesatuan Islam dan Melayu sahajalah kita dapat menyelamatkan negara daripada sebarang kerangka undang-undang yang berpotensi menzalimi rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

image is not available

PAS sokong langkah UMNO

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli menegaskan suara kolektif umat Melayu-Islam perlu diangkat secara serius dalam penggubalan sebarang dasar atau undang-undang pembangunan bandar agar kepentingan rakyat bawahan, keadilan sosial serta keseimbangan pembangunan tidak diabaikan.

“Insya-Allah, PAS akan terus komited memperjuangkan kepentingan rakyat bersama-sama dengan mana-mana pihak yang ikhlas dalam agenda penyatuan ummah serta mempertahankan kesejahteraan negara,” katanya lagi.

image is not available

Semalam Umno mengumumkan parti itu menubuhkan satu pasukan khas bagi meneliti dan menambah baik RUU berkenaan – yang dibawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan baru-baru ini.

image is not available

Pasukan khas itu diketuai Naib Presiden Umno, Johari Abdul Ghani.

Sumber: FB Fadhli Shaari