
Kota Kinabalu: RW Sabah menjadi wakil tunggal negeri dalam kategori Bawah 12 tahun pada kejohanan bola sepak Maxim Elite Johor 2025 bermula pada Jumaat di Marlborough College Malaysia di Iskandar Puteri, Johor.
Pasukan 15 anggota itu berlepas ke Johor pada Rabu diiringi jurulatih Rosdin Wasli, Muhammad Arshad Masulin, Rosyamrin Wasli dan Suan Amsin.
Sebanyak 24 pasukan termasuk beberapa dari Indonesia, Filipina dan Singapura mengambil bahagian dalam pertandingan tiga hari itu.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});RW Sabah diundi dalam kumpulan B bersama FCKL, Gators, Java One Top, JDT FC dan TSS X.
