Operasi SAR mangsa bot karam dihentikan

23 Nov 2019 • 11:24 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

BINTULU - Ekoran tiada sebarang laporan atau maklumat mengenai kehilangan bot atau nelayan berikutan penemuan sebuah bot dalam keadaan terbalik di perairan Bintulu Khamis lalu, operasi mencari dan menyelamat oleh (SAR) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak dihentikan hari ini.

Operasi SAR ditamatkan 9.30 pagi tadi setelah empat hari diaktifkan berikutan ketiadaan sebarang petunjuk mengenai mangsa bot itu, menurut APMM Sarawak dalam satu kenyataan.

Operasi itu diaktifkan Khamis lepas setelah bot fiber tanpa nombor dan berwarna oren itu ditemui 40 batu nautika dari Bintulu pada jam 9.35 pagi manakala pencarian di lokasi bot tidak menemui sebarang mangsa.

Menurut kenyataan itu lagi, selain itu pasukan penyelam tidak dapat dihantar disebabkan kedalaman terkini di lokasi bot itu mencecah 30 meter dan keadaan arus pula sangat kuat di lokasi. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved