RXZ, Barang Kemas, Helmet Shoei & Arai Lesap, Influencer Rugi Lebih RM300,000 Selepas Rumah Dipecah Masuk

LocalEntertainment
17 Nov 2025 • 10:15 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan suspek yang memecah masuk rumah seorang influencer di Bandar Sungai Long, Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian yang berlaku semalam (16 November) itu menyebabkan mangsa kerugian hampir RM360,000.

Menurutnya, pihak polis menerima maklumat kejadian pada 9.03 pagi dan siasatan awal mendapati kediaman itu dipecah masuk ketika pemiliknya tiada di rumah.

Motosikal RXZ, helmet Shoei, Arai dan barang kemas isteri antara yang hilang

Naazron berkata, pengadu iaitu seorang penjawat awam lelaki berusia 32 tahun menyatakan barangan berharga termasuk barang kemas milik isterinya dan empat topi keledar jenama Shoei dan Arai hilang.

“Dua motosikal jenis Yamaha RXZ dan Yamaha LC135 V8 yang diletakkan di dalam stor belakang rumah turut dilarikan.

“Pasukan forensik polis hadir ke tempat kejadian untuk siasatan lanjut dan kerugian keseluruhan dianggarkan hampir RM360,000,” katanya dipetik Harian Metro.

Tampil bantu siasatan jika korang ada maklumat berhubung kejadian

Susulan kejadian itu, Naazron berkata kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan serta Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Sharulhasram Ramli di talian 017-2530380 untuk membantu siasatan.

Tular rumah Nanad Bebe dipecah masuk

Terdahulu, tular di media sosial mengenai rumah seorang influencer dikenali sebagai Nanad Bebe yang dipecah masuk menyebabkan kerugian ratusan ribu ringgit.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Nanad tidak menolak kemungkinan bahawa suspek merupakan orang terdekat yang mengetahui barangan-barangan berharga di rumahnya.

“Rumah Nanad kena pecah masuk. Kau sabar jap, muka kau semua dah ada. Baik kau pulang balik sebelum kitorang sendiri cari kau ya,” tulisnyanya di dalam video.

Nanad turut berkongsi beberapa gambar barangan-barangan yang dicuri terbabit.

@nanadbebe

SOSimage is not available SOSimage is not available SOSimage is not available MINTAK TOLONG SIAPA SIAPA YANG DAPAT ATAU TERNAMPAK MANA MANA POSTING YANG JUAL BARANG BARANG DIBAWAH YANG DILETGO SECARA MURAH/LELONG TOLONG PM NANAD ATAU HUSBAND @tengkudon_ 1. ARAI STELLA MERAH SIZE M 2. ARAI STELLA HITAM SIZE M 3. SHOEI NOS KUNING 4. SHOEI BIRU 5. EMAS BERNILAI ANGGARAN 300 RIBU 0184644703 (nanad) & 0197165374 (don)

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa