RXZ Members 6.0: Ini Kata KP Terengganu

LocalCars
17 Sep 2024 • 11:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Tunggu notis saman daripada polis!

Itu kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin apabila peserta RXZ Members 6.0 yang dikesan melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas ketika menyertai Himpunan RXZ Members 6.0 di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Terengganu.

image is not available

Menurutnya, notis saman atas pelbagai kesalahan termasuk motosikal tidak mempunyai cermin sisi kiri dan kanan serta ekzos bising akan dihantar terus kepada pemilik motosikal melalui alamat pada pendaftaran kenderaan.

"Pada pemantauan dan pemerhatian, kita dapati masih ada peserta gagal mematuhi peraturan lalu lintas ditetapkan.

"Kita sengaja tidak mengeluarkan saman secara terus kepada peserta yang melakukan kesalahan kerana bimbang akan berlaku kesesakan," katanya.