Ryan Bakery Content Creator Tergempak, Tewaskan Khairul Aming Dan Syahmi Sazli

Entertainment
27 Feb 2023 • 2:11 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ryan bakery

Sebut je nama Ryan Bakery mesti ramai terbayangkan aksi ‘budak bedak’ yang berjaya mengimbau kenangan di zaman kanak-kanak pengguna media sosial, kan?

Riak wajahnya yang bersahaja meskipun tanpa dialog dah cukup membuatkan penonton geli hati. Memang patutlah influencer terkenal ini meranggul trofi Content Creator Tergempak di malam Anugerah Gempak Most Wanted 2022.

Ryan Bakery content creator tergempak

image is not available
Foto: Instagram Astro Gempak

Memetik laporan Gempak, kemenangan Ryan itu sekaligus menewaskan beberapa calon yang lain antaranya Khairul Aming, Namie SMY, Mek Yun dan Syahmi Sazli.

Meluahkan rasa syukur, pemuda berusia 28 tahun ini berkata, ini semua adalah berkat doa ibu bapa, isterinya, sahabat-sahabat, keluarga besar, pihak pengurusannya serta semua pihak yang menyukai Ryan Bakery.

Terdahulu, nama Ryan Bakery mula menjadi perhatian di TikTok apabila dia muncul dengan content mengimbau kenangan semasa kecil.

Pemilik nama sebenar Muhammad Ryan Fahmi Bin Bakery ini dilaporkan pulang ke kampung selepas dibuang kerja dalam bidang kargo penerbangan sewaktu pandemik melanda.

Dia membuat pelbagai kerja untuk jana pendapatan termasuk mencuba menjadi content creator. Hidupnya mula berubah apabila dia diterima ramai sehingga dipanggil berlakon filem.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

View Original Article