RydeEV bakal tawar langganan skuter EV serendah RM250/bulan Disember 2023 ini?

16 Nov 2023 • 11:30 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

RydeEV adalah satu jenama skuter EV yang boleh anda lihat pesaing kepada Blueshark. Seperti yang kami laporkan dulu, mereka bakal tawarkan langganan skuter EV pada harga serendah RM250/bulan yang mencakupi pertukaran bateri tanpa had, cukai jalan, dan juga insurans. Maklumat terbaharu daripada mereka ada menyatakan yang ia akan mula ditawarkan pada 1 Disember 2023 ini.

image is not available

RydeEV RM250/bulan ditawar seawal Disember 2023

Ia berdasarkan satu utusan di Facebook yang sempat ditangangkap layar sebelum mereka telah menyuntingnya untuk membuang maklumat tarikh.

image is not available
Maklumat langganan RydeEV seperti yang diutuskan di Facebook (sumber)

RydeEV dijangka akan menawarkan dua jenis skuter EV iaitu RydeEV Ryder dan juga RydeEV Hyper yang berbeza daripada segi spesifikasi. Berikut adalah harga langganannya seperti yang diumumkan sebelum ini:

  • RydeEV Ryder kontrak 3 tahun RM299/bulan
  • RydeEV Ryder kontrak 4 tahun RM250/bulan
  • RydeEV Hyper kontrak 3 tahun RM430/bulan
  • RydeEV Hyper kontrak 4 tahun RM339/bulan

image is not available

Sepanjang temboh langganan, hal-hal selenggara, insurans, dan cukai jalan, RydeEV akan tanggung kesemuanya. Malahan, pelanggan beroleh kemudahan pertukaran bateri tanpa had. Selepas tempoh kontrak tamat, pelanggan memiliki pilihan untuk mengambil alih pemilikan skuter itu pada harga RM1.

RydeEV juga katanya akan memperkenalkan konsep ride sharing yang membolehkan skuter ini disewa pada kadar RM2.50/jam yang ditujukan pada pusat pengajian tinggi. Walau bagaimanapun, tiada lokasi khusus cakupan servis ini diumumkan.

Berkemungkinan besar Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) akan menjadi lokasi pertama disebabkan di dalam kampus itu sudahpun ada stesen pertukaran bateri mengikut aplikasi mudah alih Oyika.

Spesifkasi RydeEV Ryder & RyderEV Hyper

Beza antara Ryder dengan Hyper secara asasnya pada motor elektrik yang menguasakannya. Ryder digerakkan motor elektrik 2kW dengan tork 120Nm manakala Hyper ada motor elektrik 4kW dengan tork 180Nm.

image is not available

Perlu dimaklumkan yang skuter RydeEV hanya menyokong sistem pertukaran bateri sahaja dan tidak boleh dicas secara manual seperti yang boleh anda temuka pada Blueshark R1.

image is not available

Bacaan berkaitan

View Original Article