RydeEV: Skuter elektrik dengan ciri tukar bateri tanpa had, harga bermula RM299/bulan

Cars
11 Sep 2023 • 4:10 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Yinson GreenTech (YGT) telah memperluas kehadiran mereka dalam industri EV. Sudahpun menjadi pengendali rangkaian stesen pengecas EV terluas Malaysia melalui ChargEV, kini mereka melancarkan RydeEV pula untuk menembusi pasaran EV motorsikal Malaysia.

image is not available

Walau bagaimanapun, pendekatan RydeEV sedikit berbeza berbanding Blueshark. RydeEV mengetengahkan produk bateri sebagai perkhidmatan (battery as a service). RydeEV mengguna pakai teknologi bateri daripada Oyika, syarikat pemula dari Singapura yang telah menerima pelaburan daripada YGT dalam tahun 2021 dulu.

image is not available

Oyika menjual solusi bateri kepada skuter yang ingin memanfaatkan tenaga elektrik untuk menggerakkannya. Sehingga tahun 2020 sahaja, ada 19 model skuter pelbagai jenama diperkasa teknologi bateri dari Oyika. Malahan, mereka turut memperkenalkan kit penukaran petrol kepada elektrik untuk Honda Spacy dan Yamaha Mio.

image is not available

Sebagai permulaan, RydeEV memperkenalkan dua skuter elektrik berjenama sendiri yang mendukung nama model Ryder dan Hyper. Skuter ketiga, Glyder, akan diperkenalkan dalam sedikit masa lagi. Skuter-skuter yang mengguna pakai sistem bateri Oyika akan diperkasa oleh bateri yang sama.

image is not available

Setiap satu bateri ini memeiliki jisim 10kg dan mengandungi 1.65kWh setiap satu. Berbekalkan tenaga sebanyak itu, jarak kembara yang mampu dicapai adalah 100km berbekalkan kelajuan maksimum 55km/j.

image is not available

Satu perkara yangmembezakan skuter Oyika dan Blueshark adalah, bateri Oyika hanya boleh ditukar ganti di stesen pengecas sahaja. Pengguna tidak boleh mengecas sendiri di rumah. Katanya bagi memelihara ketahanan bateri yang direka untuk tahan 2,000 kitaran pengecas.

RydeEV ditawarkan dalam pakej kontrak langganan. Berikut adalah senarai harganya:

  • RydeEV Ryder kontrak 3 tahun – RM299/bulan
  • RydeEV Ryder kontrak 4 tahun – RM250/bulan
  • RydeEV Hyper kontrak 3 tahun – RM430/bulan
  • RydeEV Hyper kontrak 4 tahun – RM339/bulan

Sepanjang temboh langganan, hal-hal selenggara, insurans, dan cukai jalan, RydeEV akan tanggung kesemuanya. Malahan, pelanggan beroleh kemudahan pertukaran bateri tanpa had. Selepas tempoh kontrak tamat, pelanggan memiliki pilihan untuk mengambil alih pemilikan skuter itu pada harga RM1.

Beza antara Ryder dengan Hyper secara asasnya pada motor elektrik yang menguasakannya. Ryder digerakkan motor elektrik 2kW dengan tork 120Nm manakala Hyper ada motor elektrik 4kW dengan tork 180Nm.

image is not available

RydeEV juga katanya akan memperkenalkan konsep ride sharing yang membolehkan skuter ini disewa pada kadar RM2.50/jam yang ditujukan pada pusat pengajian tinggi. Walau bagaimanapun, tiada lokasi khusus cakupan servis ini diumumkan. Berkemungkinan besar Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) akan menjadi lokasi pertama disebabkan di dalam kampus itu sudahpun ada stesen pertukaran bateri mengikut aplikasi mudah alih Oyika.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

View Original Article