S’gor beri pengecualian fi lesen penjaja, cukai taksiran bagi 2023

15 Sep 2022 • 4:46 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan memberi pengecualian fi lesen penjaja serta cukai taksiran bagi rumah kampung dan kos rendah pada tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri Ng Sze Han berkata ia merupakan tahun kelapan pengecualian tersebut dilaksanakan sejak 2016.

“Pelaksanaan pengecualian cukai taksiran dan fi lesen penjaja ini dijangka mengakibatkan kehilangan hasil kerajaan negeri sebanyak RM68.74 juta bagi 2023.

“Ini juga sebagai usaha untuk membantu meringankan beban rakyat khususnya warga Selangor,” katanya dalam kenyataan menerusi hantaran di Facebooknya hari ini. -Bernama