“S*ks Dengan Staf Rasa Fresh” – ‘Check-In’ Hotel & Cuti Bersama, ‘Influencer’ Popular Kantoi Curang Dengan Staf Sendiri

15 Apr 2023 • 8:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Siapa sangka seorang usahawan yang juga merupakan influencer dikenali ramai mempunyai hubungan sulit dengan pekerjanya sendiri.

Baru-baru ini, isteri kepada influencer tersebut membongkarkan perbuatan suaminya itu di laman Facebook dengan menunjukkan perbualan mereka di aplikasi WhatsApp.

image is not available

Melalui perkongsiaan status lain yang dibuat oleh wanita tersebut, tahun lalu influencer lelaki itu mahu pergi ke Bali untuk menenangkan fikiran tetapi setelah ‘kantoi’, rupanya si suami pergi bercuti bersama wanita lain.

Difahamkan juga, wanita ‘penyondol’ itu merupakan staf yang sudah lama bekerja dengan wanita tersebut dan rupanya, banyak hal keji yang dilakukan oleh mereka dibelakang si isteri.

image is not available

Setelah ‘kantoi’ melakukan perbuatan yang tidak elok dan berlaku curang, influencer terbabit telah mengugut isteri dengan pelbagai perkara seperti bercerai, mahu mengambil kesemua anak-anak, hentikan pendapatan income dan pelbagai lagi.

image is not available

Sehingga artikel ini ditulis, hantaran wanita tersebut telah meraih perhatian yang cukup hebat di laman Facebook, dimana dia menerima lebih 30,000 tanda suka dan 15,000 komen daripada pengguna.

image is not available 2 minggu lalu

"Hubungan Takkan Kembali Normal Bila Pasangan Curang" - Makin Banyak Kes 'Penyondol', Ini Pesanan 'Padu' Fadzilah Kamsah