S. Thilagawathy selamat, keluar rumah dengan rela hati - Polis

8 Dec 2024 • 8:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUANTAN - S. Thilagawathy, 41, yang dilaporkan hilang di Karak, Bentong pada 30 November lepas, kini berada dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, wanita itu telah membuat laporan di sebuah balai polis di Perak dan memaklumkan dia keluar dari rumah dengan rela hati.

“Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya warga Bentong yang bekerjasama menularkan siaran media bertarikh 5 Disember sehingga sampai ke pengetahuan mangsa,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook Polis Bentong hari ini.

Khamis lepas, media melaporkan polis menerima laporan berkaitan kehilangan Thilagawathy daripada suaminya dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan menghubungi polis. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved