Keretapi Tanah Melayu Berhad kini telah hadir dengan sebuah aplikasi baru yang dinamakan sebagai MyRailtime. Melaluinya, ia membolehkan para pengguna untuk menyemak jadual pelepasan untuk KTM dari sesuatu lokasi ke destinasi yang dituju.

Melalui aplikasi berkenaan, pengguna boleh menyemak bilakah sesuatu keretap KTM Komputer, KMT komuter Northern, Skypark Link, ETS dan Intercity dijadualkan untuk pelepasan dari sesuatu stesen.

Buat masa ini, aplikasi ini masih tidak menawarkan jadual pelepasan masa-nyata, dan hanya untuk semakan jadual dan perancangan sahaja. Ia tidak diketahui lagi bilakah aplikasi ini akan menawarkan data masa-nyata melaluinya.
Muat-Turun MyRailtime untuk Android
Muat-Turun MyRailtime untuk iPhone

