Aksi Aidil Zafuan 'rolling tackle' tular seluruh dunia

15 Nov 2019 • 5:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Kemenangan Malaysia menewaskan Thailand dengan jaringan gol 2-1 pada perlawanan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 mendapat pujian ramai rakyat Malaysia.

Kemenangan Harimau Malaya telah memecah rekod skuad Gajah Perang yang mengungguli Kumpulan G dengan rekod tanpa kalah dan berada pada kedudukan ke-109 ranking dunia berbanding Malaysia di ranking ke-158.

Semangat juang Harimau Malaya tetap tinggi walaupun sebelum itu ketinggalan 1-0 di belakang.

Bagaimanapun, ramai yang memuji aksi ‘the rolling tackle’ yang dilakukan oleh kapten pasukan Malaysia, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak sehingga tular di seluruh dunia.

image is not available
Antara reaksi netizen yang terhibur dan berbangga dengan aksi yang dilakukan oleh Aidil Zafuan kerana merupakan skill yang jarang-jarang berlaku dan dilakukan oleh bintang bola sepak yang terkenal.

Perkongsian video yang dimuat naik oleh @Troll_Football meraih sejuta tontonan dan rata-rata netizen dari Malaysia dilihat mula membanjiri ruangan komen.

"Aku macam tak percaya aksi kapten Malaysia masuk @Troll_Football, bukan calang-calang atau aksi cap ayam boleh masuk sini walaupun hanya troll perkara bola sepak. Syabas Malaysia kerana berjaya menewaskan Thailand," tulis @Abammi di Twitter.

LiaDIn12 pula berkata "Peh, masuk @Troll_Football, memang terbaik pasukan Harimau Malaya malam tadi, memang layan kot cara dia tackle sampai boleh dapat bola, teruskan aksi begini wahai pasukan Malaysia,".

image is not available
Tangkapan layar video yang menunjukkan Aidil Zafuan melakukan rolling tackle kini tular di seluruh dunia.

Link video; https://twitter.com/Troll__Footbal/status/1194992955196526592?s=20