Google Menambah Sokongan Pra-Lihat Video Pada Google Photos

TechnologyDigital
24 Jul 2019 • 12:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun lepas, Google telah menambah sokongan auto main pada aplikasi YouTube mereka untuk Android dan iOS. Fungsi auto main ini diaktifkan secara automatik dan akan memainkan video secara automatik di halaman utama aplikasi YouTube dengan menggunakan data atau sambungan WiFi.

Baca Cara Mematikan Fungsi Auto Main Di Sini

Kini, Google mengembangkan lagi sokongan ini kepada lebih banyak aplikasi mereka. Terkini dalam Google Photos, jika anda mempunyai video ia akan memainkan secara automatik. Tetapi disebabkan ia tidak memainkan keseluruhan video, ia lebih kepada pra-lihat sedikit sedutan daripada apa yang pengguna rakamkan.

Sama seperti YouTube, video ini tidak akan memainkan audio yang dirakam. Tetapi jika peranti anda menggunakan Internet daripada data, ia akan menggunakan kuota pelan telekomunikasi anda. Fungsi ini dilihat hadir pada aplikasi Google Photos versi 4.20 dan terhad kepada peranti Android sahaja. Untuk iOS, ia mungkin akan hadir dalam masa akan datang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved