AirPods Pro diramalkan akan dilancarkan dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Kewujudan AirPods Pro disedari selepas iconnya ditemui di dalam iOS 13 Beta. Penambahbaikan yang akan dilakukan ialah sistem pembatalan hingar aktif serta ia kini dari jenis dalam-telinga. Rekaan pod simpanan merangkap pengecasnya mungkin sekali lagi disahkan selepas rekaan dua kerangka telah tertiris awal.

