Sabah akan terus tuntut urus sendiri beras import

7 Nov 2023 • 1:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAMBUNAN: Sabah akan terus menuntut untuk mendapatkan hak sepenuhnya dalam hal mengurus beras import bagi negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

“Sabah kekal menuntut hak pengurusan beras import melalui proses secara beransur-ansur sehingga pengurusan diserahkan sepenuhnya kepada Negeri Sabah.

“Saya sudah membuat tuntutan dan permintaan berkenaan pengurusan import beras negeri Sabah sepenuhnya daripada Kerajaan pusat,” katanya di majlis berkaitan hak beras import dan penyerahan jentera padi di Pejabat Daerah Tambunan baru-baru ini.

Namun kata Jeffrey, sehingga kini permohonan tidak mendapat maklum balas positif dan mereka belum berpuas hati dengan jawapan yang diberi sebab mereka masih mengekalkan Bernas sebagai syarikat yang monopoli.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan itu memberitahu bahawa mereka akan terus merayu supaya Bernas tidak memonopoli pengurusan jual beli beras di negeri ini dan Sabah dibenarkan untuk menguruskan sendiri.

“Biarlah perlahan-lahan, mungkin separuh dulu untuk kita urus dan separuh biarlah di sana dulu yang urus. Perlahan-lahan bila kapasiti kita untuk mengurus meningkat, kita akan menuntut supaya pengurusan ini diserahkan sepenuhnya kepada negeri Sabah,” katanya.

Menurut Jeffrey, mereka sudah memohon kepada Kerajaan Pusat supaya tidak ada lagi monopoli pembelian dan peng importan beras.

“Kita mahu kuasa meng import beras dikembalikan kepada Sabah dan Sarawak supaya boleh mengurus peng importan makanan masing-masing,” katanya.

Jeffrey menjelaskan, apa yang sedang berlaku pada masa kini ialah berlaku monopoli satu syarikat hingga tidak ada saingan di antara para pembekal.

Keadaan ini katanya, membolehkan pembekal tunggal mempunyai kuasa untuk menaikkan harga dan mengeluarkan padi import menurut keselesaan mereka sendiri tanpa saingan daripada badan lain.

Menurutnya Sabah memerlukan beras import 320 tan setahun. Gambaran keuntungan monopoli merangkumi keseluruhan Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

“Kita mahu Bernas ini mengurus dan meng import beras bagi Semenanjung tapi biarlah di Sabah dan Sarawak ini kita urus program pemakanan kita sendiri terutama sekali padi,” katanya.

Sebelum itu Jeffrey berkata, Lembaga Padi Sabah akan diaktifkan kembali dan dinamakan Lembaga Padi dan Beras Sabah.

“Kita telah meminta supaya bajet pada tahun depan akan diberi pada tahun ini dalam sesi belanjawan supaya Lembaga Padi dan Beras Sabah boleh beroperasi tahun depan, dan boleh membantu meningkatkan produktiviti dan hasil pengeluaran padi di Sabah,” jelasnya.

Baru- baru iniBottom of Form, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu di Dewan Parlimen berkata, tidak ada keperluan untuk membenarkan Sabah mengurus beras import sendiri dan dasar tersebut merupakan mekanisme utama yang memberikan keupayaan kepada negara menghadapi cabaran ketidakstabilan harga beras antarabangsa.

Bagaimanapun Jeffrey percaya, jika diuruskan Sabah sendiri ia akan mewujudkan persaingan yang membolehkan pasaran beras lebih stabil dan mungkin dapat diturunkan harga beras di pasaran. Beliau mencadangkan perkara ini kerana rakyat Sabah risau dengan peningkatan harga beras putih seperti diumumkan syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) beberapa bulan yang lalu.

“Peningkatan harga beras bukan hanya akan memberi kesan kepada perbelanjaan isu rumah malah, ia akan menjejaskan kehidupan keluarga berpendapatan rendah, katanya menyeru supaya Bernas bersikap lebih menentukan harga beras dan tahap bekalan beras.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.