Sabah Antara Negeri Hadapi Cabaran Laksana Gaji Minimum RM1,700

23 Oct 2024 • 12:37 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sabah antara negeri terkesan dengan polisi gaji minimum baharu

Sabah Antara Negeri Hadapi Cabaran Laksana Gaji Minimum RM1,700. Sabah dijangka menghadapi cabaran besar dalam melaksanakan kenaikan gaji minimum baharu sebanyak RM1,700 yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2025.

Sebagai salah sebuah negeri yang mempunyai pasaran ekonomi yang lebih kecil, Sabah berdepan dengan beberapa masalah iaitu kos bahan mentah yang lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain, saiz pasaran ekonomi yang terhad dan perbezaan ketara antara gaji di kawasan bandar dan luar bandar.

image is not available
Gambar hiasan. Sabah Antara Negeri Hadapi Cabaran Laksana Gaji Minimum RM1,700

Menurut laporan media tempatan, walaupun gaji penengah bulanan di Sabah dalam sektor formal setakat Mac 2024 mencatatkan RM1,882, masih terdapat jurang yang besar antara pekerja di kawasan bandar dan luar bandar.

Di kawasan bandar, terutamanya bagi graduan universiti, gaji permulaan boleh mencecah RM2,000 hingga melebihi RM3,000. Namun, kawasan luar bandar mencatatkan paras gaji yang jauh lebih rendah.

Memandangkan cabaran-cabaran ini, pelaksanaan gaji minimum baharu yang akan berkuat kuasa pada 1 Februari 2025 dijangka mengambil masa untuk dilaksanakan secara menyeluruh di Sabah.

Baca juga artikel yang berkaitan: