Sabah Antara Negeri Pertama Tetapkan SOP Kemasukan Pelancong Dari China

5 Jan 2023 • 7:48 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Terbaiklah Kerajaan Negeri Sabah!

Sabah Antara Negeri Pertama Tetapkan SOP Kemasukan Pelancong Dari China. Berkuat kuasa Ahad ini, semua pelancong dari China diwajibkan mendapat vaksin Covid-19 sepenuhnya mengikut kriteria yang ditetapkan negara asal masing-masing sebelum memasuki Sabah.

image is not available
Sabah Antara Negeri Pertama Tetapkan SOP Kemasukan Pelancong Dari China. Kredit: Borneo Post

“Ini telah diputuskan pada mesyuarat Kabinet Negeri hari ini,” kata jurucakap Covid-19 Sabah dalam satu kenyataan semalam.

Pelancong luar perlu mematuhi beberapa SOP

Masidi berkata kerajaan negeri juga menetapkan bahawa semua pelancong yang tiba di Sabah dari luar negara akan disaring menggunakan pengimbas suhu (thermal scanner), dan mereka yang mempunyai gejala demam akan menjalani pemeriksaan lanjut.

image is not available

“Pelancong yang mempunyai simptom Covid-19 mesti menjalani ujian RTK Antigen,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata 12 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Sabah hari ini, manakala 138 pesakit masih menerima rawatan termasuk 10 pesakit yang memerlukan rawatan kritikal dan 23 pesakit telah pulih.

Baca lagi perkembangan terkini mengenai Covid-19: