Sabah berpotensi jadi hab sastera Asia Tenggara

28 Sep 2023 • 1:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sabah berpotensi menjadi hab sastera di Asia Tenggara, kata Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa), Datuk Jasni Matlani.

Katanya, negeri Sabah adalah sebuah negeri yang indah dan mempunyai sumber kekayaan yang pelbagai, maka tidak mustahil negeri ini boleh menjadi hab sastera Asia Tenggara yang penting di rantau ini.

“Tambahan lagi, Indonesia akan memindahkan ibu negaranya ke Kalimantan dan sudah tentu Sabah akan turut menerima limpahan ekonomi, sastera dan budaya yang luar biasa.

“Saya optimis Sabah mempunyai keupayaan dan kelebihan menjadi hab sastera kerana kita mempunyai ramai penulis, aktivis sastera serta mempunyai keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian budaya yang boleh dieksploitasi dan ditulis, yang mengabsahkan usaha kita menjadikan Sabah sebagai hab sastera Asia Tenggara itu, “ katanya di sini, pada Rabu.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel dalam acara bual bicara yang disiarkan secara langsung, anjuran penerbitan Nuha, Selasa lepas, sempena

Sambutan Hari Sastera Ke-19, yang dijadual diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di sini, pada 29 - 30 September 2023 ini.

Jasni yang juga Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia, berkata, jika kerajaan memberi prasarana yang cukup, maka mudahlah kegiatan sastera dianjakkan dan ini bukan sahaja memberi impak perkembangan sastera di Sabah, tetapi juga di peringkat kebangsaan dan serantau.

“Prasarana yang lengkap juga memudahkan anak muda berkumpul membincang serta melaksanakan kegiatan sastera sama ada bertaraf negeri, Kebangsaan dan serantau,” kata Jasni.

Menurut beliau, beberapa negara di dunia seperti Taiwan dan Bangladesh mempunyai perkampungan penulis yang sangat popular dan menyediakan segala kemudahan untuk penulis dari dalam dan luar negara untuk berkarya.

“Maka tidak mustahil hal seumpamanya dapat diwujudkan di Sabah,” katanya.

“Jika ada kemudahan seperti ini, penulis di negara ini dan dari seluruh dunia boleh datang Ke Sabah dan menulis tentang keindahan Sabah serta rakyatnya yang unik tetapi bersatu dalam kepelbagaian,” kata Jasni.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.