Sabah catat hampir 800,000 pelancong dari Jan-Mac

12 May 2024 • 1:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Sabah mencatatkan sejumlah 776,845 ketibaan pelancong/pelawat sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.

Mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan pada Sabtu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew (gambar) berkata angka memberangsangkan ini menandakan peningkatan sebanyak 32.8 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023 (584,927).

Pecahannya adalah seperti berikut: Pelancong/Pelawat Antarabangsa : 321,184 (+93.2 peratus) Pelancong/Pelawat Domestik : 455,661 (+8.8 peratus) Jumlah : 776,845 (+32.8 peratus)

“Berdasarkan statistik Lembaga Pelancongan Sabah (STB), anggaran resit pelancongan sebanyak RM1.75 bilion (+46.6 peratus) dijana dari Januari hingga Mac 2024, iaitu lebih RM0.56 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu (Januari-Mac 2023: RM 1.19 bilion),” kata Liew.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Mengenai sumber ketibaan antarabangsa ke Sabah dari Januari hingga Mac 2024, Menteri mendedahkan China merupakan sumber pasaran utama pelancongan di Sabah (116,922 pelancong/pelawat) buat masa ini, diikuti Korea Selatan (55,936), Brunei (54,266), Singapura (7833), dan Wilayah Eropah (18,196).

Menurut Liew, lima negara teratas yang menyumbang kepada peningkatan sebanyak 35.8 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama 2024 ialah UK dan Ireland, Jerman, Belanda, Perancis dan Rusia.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.