
KUDAT: Sabah mencatatkan bilangan tertinggi pelantikan calon Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) tahun lalu.
Sebanyak 13.1 peratus atau 2,866 orang daripada jumlah keseluruhan pelantikan tetap dan kontrak Interim seramai 21,814 orang.
Pengerusi SPA dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata bilangan permohonan turut meningkat seramai 173,025 orang pada 2024 berbanding 171,531 orang pada tahun sebelumnya.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Ahmad Jailani berkata pencapaian terbabit merupakan salah satu manifestasi kerajaan Madani yang menunjukkan hasil signifikan daripada program menyantuni rakyat seperti hari kerjaya dan kembara kerjaya.
Menurut Ahmad Jailani beliau yakin di peringkat SPA melalui pembangunan modal insan seumpama itu adalah salah satu daripada komponen yang penting untuk mengeluarkan komuniti daripada kepompong kemiskinan.
“Apabila kita dapat memberi peluang pekerjaan kepada komuniti mereka akan mempunyai pendapatan dan bakal membawa balik pandangan serta idea-idea lebih baik tentang cara memajukan masyarakat.
“Apatah lagi sekiranya komuniti-komuniti ataupun individu ini akan menjadi sebagai penggubah dasar atau ketua-ketua jabatan dan pegawai kanan mereka akan lebih memahami keperluan dan kehendak masyarakat di mana mereka berasal,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada program Kembara Kerjaya Madani SPA X Semarak Esscom X MYFutureJobs di SMK Banggi, Pulau Banggi pada Ahad.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Datuk Dr Jamaluddin Mohd Ali, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Raisin Saidin, Timbalan Pengarah Perkeso Sabah Salwati Abdul Karim dan Pegawai Daerah Kudat Charles William Dabbi.
Program anjuran SPA dengan kerjasama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Jabatan Pendidikan Sabah, Pejabat Daerah Kudat dan Pejabat Daerah Kecil Pulau Banggi itu berlangsung selama dua hari di Dewan Tun Mustapha dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Banggi.
Aktiviti termasuklah perkhidmatan konsultasi SPA berkaitan pengambilan ke perkhidmatan awam, kesesuaian jawatan yang dimohon, semakan status permohonan dan pendaftaran melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) serta inisiatif MyFutureJobs.
Dalam pada itu Ahmad Jailani berkata kehadiran pengunjung melebihi sasaran iaitu lebih 3,000 orang.
“Saya amat yakin menerusi program kerjasama khususnya bersama Esscom ini dapat permudahkan dan melancarkan lagi program kerana dapat menggembleng semua tenaga dan lebih efektif,” katanya.
Mengulas lanjut Ahmad Jailani berkata tiga pusat temuduga SPA di Sabah tidak memadai jika dibandingkan dengan keluasan atau jarak serta taburan penduduk negeri ini.
Setakat ini katanya pusat temuduga hanya terdapat di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau dengan jaraknya agak jauh bagi mereka yang tinggal di daerah lain.
“Sehubungan itu dalam perancangan kami di SPA tahun ini dan akan datang kita bercadang untuk membuka beberapa pusat temuduga yang lain dan perkara ini dalam pertimbangan kerana ia melibatkan perbelanjaan tinggi, perjawatan dan sebagainya,” tambahnya.
