Sabah destinasi ideal astropelancongan

LocalTravel
9 Sep 2025 • 3:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Langit malam yang gelap dan bebas pencemaran menjadikan Sabah destinasi luar biasa untuk astrotourism (astropelancongan) menurut ahli astrofizik pertama Malaysia Tan Sri Dr Mazlan Othman (gambar).

“Sabah mempunyai banyak lokasi gelap yang jauh daripada sumber cahaya buatan. Langit malam yang gelap menonjolkan keindahan cakerawala kerana lebih banyak objek dapat diperhatikan malah dalam warna yang menakjubkan,” kata pengasas Balai Cerap Kebangsaan Langkawi itu kepada Daily Express.

“Selain itu kawasan ini juga jauh daripada sumber pencemaran atmosfera seperti kenderaan menjadikan langit lebih jernih dan telus. Apabila kedua-dua faktor ini digabungkan Sabah mempunyai banyak yang boleh ditawarkan dari segi lokasi pemerhati bintang dan astropelancongan,” jelasnya.

Namun beliau menekankan bahawa lokasi berpotensi ini perlu dilindungi daripada pembangunan tidak terkawal sambil dibangunkan secara lestari untuk tujuan pelancongan.

Astropelancongan ialah aktiviti melancong ke lokasi khusus untuk melihat bintang dan menikmati panorama langit malam.

Ia biasanya melibatkan lawatan ke kawasan luar bandar atau pedalaman yang kurang cahaya buatan membolehkan pengunjung melihat fenomena angkasa yang menakjubkan seperti bintang, planet, tahi bintang, gerhana dan galaksi Bima Sakti.

View Original Article