Sabah Electricity laksana catuan bekalan sementara 

30 Jun 2026 • 4:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Sabah Electricity laksana catuan bekalan sementara 

Kota Kinabalu: Sabah Electricity (SE) akan melaksanakan catuan bekalan elektrik secara berjadual di beberapa kawasan susulan pengurangan kapasiti penjanaan akibat gangguan bekalan gas kepada beberapa loji jana kuasa.

Dalam kenyataan Isnin, syarikat utiliti itu memaklumkan situasi tersebut telah mengurangkan margin simpanan Sistem Grid Sabah sehingga memerlukan langkah pengurusan beban bagi memastikan kestabilan sistem grid dan mengelakkan gangguan yang lebih meluas.

“Catuan bekalan ini langkah sementara dan akan ditamatkan sebaik sahaja kapasiti penjanaan kembali mencukupi serta sistem grid stabil.

“Sabah Electricity sedang bekerjasama rapat dengan semua pihak berkaitan bagi memulihkan kapasiti penjanaan secepat mungkin. Pada masa sama, operasi sistem grid terus dioptimumkan untuk mengurangkan impak kepada pengguna,” menurut kenyataan itu.

Perkembangan semasa dan senarai kawasan terlibat akan dikemas kini dari semasa ke semasa menerusi Facebook rasmi Sabah Electricity Careline selain pengguna boleh menghubungi talian 15444 untuk pertanyaan.

Syarikat utiliti itu memohon maaf atas segala kesulitan dialami dan menghargai kesabaran serta kerjasama pengguna sepanjang tempoh pengurusan sistem tersebut.

Pengguna dinasihatkan mendapatkan maklumat hanya daripada saluran rasmi Sabah Electricity dan tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved