Sabah Electricity Laksana Penggiliran Bekalan Elektrik

16 Sep 2025 • 1:09 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sabah Electricity Laksana Penggiliran Bekalan Elektrik

TAWAU, 16 Sept (Bernama) — Sabah Electricity melaksanakan empat jadual penggiliran bekalan elektrik di Tawau bermula pada hari ini.

Sabah Electricity dalam kenyataan memaklumkan anggaran masa bagi pembekalan elektrik berkenaan ialah selama tiga jam bagi setiap giliran.

Giliran 1 adalah pada 12 tengah malam hingga 3 pagi dan 12 tengah hari hingga 3 petang manakala Giliran 2 dari 3 pagi hingga 6 pagi dan 3 petang hingga 6 petang.

“Giliran 3 pula dari 6 pagi hingga 9 pagi dan 6 petang hingga 9 malam, dan Giliran 4 (9 pagi hingga 12 tengah hari dan 9 malam hingga 12 tengah malam),” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, anggaran masa dan tempoh pembekalan elektrik berkenaan bergantung pada sistem rangkaian di Tawau pada waktu itu.

Sabah Electricity memaklumkan pengguna terjejas boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui talian Hotline 15444 atau 088-515000, selain talian 019-8525427 atau layari Facebook rasmi Sabah Electricity Careline.

Sumber: Bernama