Sabah Electricity terima tawaran bangunkan projek solar 15-MWac

LocalTechnology
8 Jan 2025 • 9:13 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

Kota Kinabalu: Sabah Electricity (SE) memperoleh tawaran pembinaan projek Large-scale Solar Photovoltaic (LSSPV) sebanyak 15 megawatt AC (MWac) daripada Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) yang akan membantu meningkatkan margin rizab grid elektrik Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif SE Mohd Yaakob Jaafar menerusi kenyataan di sini pada Selasa, berkata SE menerima Letter of Notification (LoN) mengenai tawaran itu melalui usaha sama dengan TNB Renewable Sdn Bhd (TRe) pada minggu lepas. Yaakob

AdvertisementProjek LSSPV itu melibatkan pemasangan 15MWac panel solar di Kampung Langkon, Kota Marudu dan pengoperasian loji LSSPV tersebut akan membantu meningkatkan margin rizab grid Sabah ketika waktu beban puncak pada siang hari.

“Kemenangan ini merupakan pencapaian positif dalam usaha SE dan TRe menyokong inisiatif tenaga boleh diperbaharui seterusnya memberikan sumbangan kepada kelestarian tenaga hijau di Sabah,” katanya.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Mohd Yaakob berkata SE dan TRe akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan serta pakar tenaga boleh diperbaharui bagi memastikan pelaksanaan projek itu berjaya disiapkan mengikut jadual ditetapkan.

Selain itu, Mohd Yaakob berkata SE juga memberikan komitmen tinggi terhadap teknologi hijau, termasuk membangunkan infrastruktur Sistem Simpanan Tenaga Bateri (BESS) berkapasiti 100 megawatt (MW) di Lahad Datu.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“SE optimis bahawa kedua-dua projek LSSPV dan BESS ini akan menjadi penanda aras dalam inovasi tenaga lestari dan meningkatkan potensi kapasiti penjanaan tenaga boleh diperbaharui,” katanya.