
Kota Kinabalu: Sabah FC menewaskan Terengganu FC 4-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mirzan Zainal Abidin pada Jumaat lalu.
Ia merupakan satu lagi kemenangan besar buat Sabah FC selepas membelasah Kelentan FC 7-0 empat hari sebelumnya.
Kali ini mereka hanya mengambil masa enam minit untuk membuka jaringan apabila Ramon Machado menjaringkan gol dengan sepakan gunting selepas menerima hantaran lintang Rizal Ghazali.
Gol kedua hadir pada minit ke-29 apabila Saddil Ramdani melepaskan rembatan kencang untuk menewaskan penjaga gol Terengganu dekat tiang gol.
Sabah FC mendahului dengan tiga gol lima minit sebelum wisel separuh masa pertama selepas Miguel Angel Cifuentes diberi masa dan ruang untuk melakukan rembatan tepat dari luar kotak penalti susulan satu lagi hantaran Rizal Ghazali.
Sebarang peluang untuk Terengganu bangkit pada separuh masa kedua tertutup pada minit ke-48 apabila Jafry Firdaus Chew menyudahkan hantaran lintang Ramon dari jarak dekat.
Peluang terbaik pasukan tuan rumah untuk menjaringkan gol hadir pada minit ke-73 apabila hantaran lintang Nor Hakim Hassan terkena tiang tiang dan rembatan susulan Muslihuddin Mat Zaid dihalang oleh Khairul Fahmi Che Mat.
Datuk Ong Kim Swee memuji pasukan atas kemenangan selesa itu dan percaya tiga gol yang dijaringkan pada separuh masa pertama mematahkan semangat pemain-pemain Terengganu.
“Kami memanfaatkan peluang dengan baik pada separuh masa pertama dan selepas gol ketiga, saya percaya ia menyukarkan Teregganu untuk mencipta kebangkitan.
“Semua pemain patut diberi pujian terutama mereka yang baru pulang daripada tugasan kebangsaan,” katanya selepas perlawanan.
Tiga mata itu juga membantu pasukan merapatkan jurang dengan Kedah FC kepada dua mata tetapi Kedah mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan.
“Ini (kemenangan) akan memberi sedikit tekanan kepada Kedah. Kami perlu mengekalkan fokus kami terhadap satu demi satu perlawanan dan mesti memastikan kami tidak akan kehilangan sebarang mata selepas ini,” katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih Terengganu FC Tomislav Steinbruckner mengakui Sabah FC adalah pasukan yang lebih baik dan mengatasi mereka pada malam itu.
“Mereka memusnahkan kami sejak awal. Mereka menjaringkan tiga gol pada separuh masa pertama dan dengan mudah boleh menjadi 3-0 dalam 15 minit pertama seperti yang saya ingat.
“Mereka lebih pantas dalam setiap cabaran dan lebih kuat, lebih baik dalam hantaran dan idea mereka.
“Kekalahan itu juga menunjukkan kepentingan empat pemain pertahanan yang tidak dapat diturunkan hari ini tetapi ini bukan alasan untuk kekalahan itu,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

