Sabah FC dapat ‘durian runtuh’

LocalFootball
11 Dec 2025 • 12:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah pada Rabu menyalurkan insentif berjumlah RM100,000 kepada Sabah FC sebagai penghargaan atas kejayaan pasukan itu mara ke final Piala FA buat pertama kali selepas 30 tahun penantian.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah Datuk Nizam Titingan (gambar), berkata insentif itu disampaikan atas arahan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sebagai simbol sokongan kerajaan terhadap pencapaian bersejarah skuad berkenaan.

“Kita berharap Sabah FC akan bermain dengan baik, penuh komitmen, kesungguhan dan semangat berpasukan. Mudah-mudahan dengan doa semua peminat bola sepak di Sabah, selepas 30 tahun kita dapat mengulangi kejayaan menjuarai Piala FA ini yang dimenangi 1995,” katanyaBeliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi latihan terbuka Sabah FC di Stadium Likas, di sini pada Rabu.

Nizam yang juga peminat bola sepak optimis bahawa Sabah FC mampu mencipta sejarah baharu selepas kali terakhir menjulang Piala FA pada 1995.

“Insya-Allah, sejarah akan tercipta tahun 2025 ini, Sabah FC akan menjadi juara Piala FA. Keyakinan mesti tinggi,” katanya.

Di pentas final, Sabah FC akan membuat perhitungan menentang juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mara dengan kemenangan agregat 4-1 selepas mengatasi Kuching City FC 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada aksi separuh akhir kedua.