Sabah FC digesa kekal momentum

29 Apr 2023 • 11:58 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee berkata Sabah FC mesti mengekalkan momentum selepas kemenangan mengagumkan 2-1 ke atas Selangor FC di Stadium Likas pada Khamis malam.

Kemenangan menentang pasukan di tempat kedua yang belum pernah tewas dalam lima perlawanan itu juga melebarkan rekod kemenangan 100 peratus di tempat sendiri kepada enam perlawanan sejak permulaan musim.

Saddil Ramdani membuka jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-24 selepas kapten Baddrol Bakhtiar dikasari dalam kotak beberapa minit sebelum itu.

Gol itu seolah-olah mengganggu permulaan agresif pasukan pelawat yang pertama kali melakukan percubaan ke gawang pada minit ke-8, namun sepakan Faisal Halim itu ditepis Khairul Fahmi Che Mat.

SPONSORED CONTENT Increasing consumer awareness of Sabah’s chili brand in Singapore Kota Kinabalu: Borneo Hot Sauce, a maker of chilli sauce, wants to increase consumer awareness of its brand in Singapore after a good launch that saw 10,000 bottles sold in just six months. Read more Sabah FC tidak dapat menambah lebih banyak gol di sebalik mengusasi permainan selepas gol pembukaan Saddil, dan mereka dikejutkan pada babak kedua apabila rembatan Faisal dari luar kotak terkena palang dan melantun semula ke arah Khairul dan memasuki gawang pada minit ke-52.

Baddrol kemudian menjadi wira untuk memastikan Sabah FC kembali mendahului pada minit ke-66 selepas sepakan percumanya menerjah gawang.

“Ia perlawanan yang sangat sengit dan Selangor adalah pasukan yang sangat bagus. Kami berjaya menahan mereka terutamanya pada separuh masa pertama, di mana kami mengawal permainan dengan sangat baik.

“Pemain menunjukkan semangat juang mereka selepas melepaskan gol kerana kesilapan kami sendiri pada separuh masa kedua.

“Keputusan ini sangat penting untuk mengekalkan rekod kemenangan kami di Likas dan kami akan bermain perlawanan seterusnya di sini juga, jadi kami tidak boleh ambil mudah,” kata Ong selepas perlawanan.

Dia juga memuji Baddrol apabila dia dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan itu.

“Dia adalah pemain yang cukup berpengalaman dan ketua yang sangat baik bukan sahaja untuk diikuti oleh pemain tempatan, tetapi juga pemain import dan ini memberikan kelebihan tambahan kepada kami.”

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.