Sabah FC II tamatkan kemarau kemenangan

LocalFootball
9 Jan 2025 • 12:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: GL Oh

Kota Kinabalu: Sabah FC II akhirnya meraih kemenangan sulung musim ini dalam Piala MFL di Stadium Likas petang Selasa.

Selepas 16 perlawanan tanpa kemenangan, pasukan itu mendapat tiga mata hasil kemenangan 2-1 ke atas Kuala Lumpur City Extension.

AdvertisementTerdapat sebab untuk optimis sebelum perlawanan bermula kerana pemain import Park Taesu, Telmo Castanheira, Gabriel Peres, Daniel Ting berada dalam kesebelasan awal.

Banyak peluang menjaringkan gol dicipta tetapi tiada satu pun menemui sasaran sehinggalah minit ke-45 apabila Chikonelson Kulisi meledak gol pembukaan selepas menerima hantaran sempurna daripada Telmo. AZHAD (berlutut) diraikan rakan sepasukan selepas menjaringkan gol kedua.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Gol kedua terhasil daripada percubaan jarak dekat Azhad Harraz Arman dua minit selepas perlawanan disambung semula apabila pasukan pelawat gagal menangani rembatan awal Fakrul Iman Naszari.

Billyton Vun dalam perlawanan ketiganya menggalas tugas ketua jurulatih bertanggungjawab memuji semangat pasukan untuk kemenangan tersebut.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kemenangan ini adalah hasil semangat persaudaraan dalam pasukan dengan gandingan pemain senior dan junior.

“Walaupun mereka hanya mengadakan satu sesi latihan bersama, namun mereka mampu berkongsi tanggungjawab dan saling menyokong dengan ikatan yang kuat.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Ia adalah keputusan yang sangat positif untuk kami dan kredit mesti diberikan kepada semua pemain, khususnya kepada pemain muda,” katanya.

Beliau berharap pemain akan mengekalkan rentak kemenangan dan terus meningkat dalam baki perlawanan.

“Perjalanan masih jauh di hadapan. Terdapat beberapa perkembangan positif dari segi kematangan pemain.

“Saya mahu pemain mengambil peluang yang diberikan untuk belajar dan mempunyai lebih keyakinan diri serta semangat juang untuk meningkatkan lagi permainan mereka.”

Sementara itu, penolong pengurus I Datuk George Teo melahirkan rasa terima kasih kepada pemain senior.

“Terima kasih kepada empat pemain senior kita, Daniel, Gabriel, Park dan Telmo kerana membimbing pemain muda dalam perlawanan ini.

“Semoga dengan kemenangan ini, para pemain dapat membina momentum untuk meningkatkan lagi prestasi mereka dalam perlawanan akan datang,” katanya.

Walaupun menambah tiga mata, Sabah FC II kekal di tangga tercorot dengan enam mata, sama seperti Kuching City B-23 tetapi dengan perbezaan gol yang lebih rendah.

Perlawanan seterusnya ialah menentang Kedah B-23 pada Isnin (13 Januari).